Menu Utama
8e.jpg
8f.jpg
Klik Pada Ikon
Login Form





Lost Password?
No account yet? Register
webmaster1.jpg
Berita Sekolah
SELAMAT BERTUGAS DI PPD HILIR PERAK

Buat Cikgu Nasser dan Cikgu Basri Tahniah Diatas Perlantikan Sebagai FasiLINUS di PPD HILIR PERAK SELAMAT MAJU JAYA harapan kami SK SG SAMAK sentiasa  dihati

 3.jpg16.jpg

 
PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK SEMPENA HARI GURU 2009

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK

SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu;

a. Kategori Guru

b. Kategori Murid Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)

c. Kategori Murid Sekolah Menengah Rendah(Tingkatan 1 – 3)

d. Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 – 5)

Pemenang peraduan ini akan menerima hadiah wang tunai dan sijil bagi tempat pertama, kedua, ketiga dan lima

(5) hadiah sagu hati.

Syarat-Syarat Peraduan

1. Peraduan ini terbuka kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan di

seluruh Malaysia.

2. Cerita hendaklah ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

3. Tema cerita ‘Terima Kasih Cikgu’

4. Tajuk skrip penulisan adalah bebas.

5. Peserta hanya boleh mengemukakan satu hasil karya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

6. Panjang cerita

Kategori Guru TIDAK lebih daripada 3,000 patah perkataan.

Kategori Sekolah Menengah TIDAK lebih daripada 1,000 patah perkataan.

Kategori Sekolah Menengah Rendah TIDAK lebih daripada 500 patah perkataan.

Kategori Sekolah Rendah TIDAK lebih daripada 250 patah perkataan.

7. Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung hasil karya.

8. Halaman muka surat mestilah ditaip pada setiap halaman skrip

9. Hasil karya hendaklah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis

Arial saiz 12 poin.

10. Hasil karya hendaklah merupakan hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan dan belum pernah

disiarkan atau diterbitkan .

11.

Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum,agama dan

politik.

Latar belakang cerita hendaklah berdasarkan masyarakat Malaysia yang berfokuskan kehidupan harmoni

dan bersatu dalam kalangan pelbagai kaum. Nilai-nilai murni harus diterapkan.

12. Penulis hendaklah menghantar hasil karya yang asal.

13. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menerbit, mencetak dan mengedar karya-karya yang diterima.

14. Maklumat penyertaan hendaklah ditulis pada Lampiran BBT III.

15. Penulisan skrip adalah untuk bahan bacaan murid sekolah rendah dan menengah.

16. Tarikh tutup peraduan ialah pada 2 Februari 2009.

17. Jemputan Ke Majlis Perayaan Hari Guru 2009.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah dalam Majlis

Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2009.

18. Hasil karya hendaklah sampai sebelum atau pada tarikh tersebut ke
Jabatan Pelajaran Negeri.19. Penyertaan yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di atas tidak akan

dipertimbangkan.

20.

Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan

peraduan tidak akan dilayan. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Krishanan a/lPonnusamy di talian

03-88844480 atau Puan Hajah Siti Natrah binti Mukhtaram di talian 03-88844485

LAMPIRAN BBT III

Peraduan Menulis Cerita Kanak- Kanak

untuk Bacaan Murid Sekolah Rendah dan Menengah

dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Sempena Hari Guru 2009

MAKLUMAT PENYERTAAN PERADUAN

Kategori: Guru / Murid Sekolah Menengah / Murid Sekolah Menengah Rendah/ Murid Sekolah Rendah

1. Nama

(Seperti pada Sijil Kelahiran)

2. Nombor Kad Pengenalan / Sijil

Kelahiran

3. Nama dan alamat penuh sekolah

4. Nombor telefon sekolah

5. Nombor faks sekolah

6. Tajuk cerita

7. Tandatangan Guru

Besar/Pengetua

8. Cap rasmi sekolah

 
BERITA PSKPP HILIR PERAK
1. BOLING TENPIN Tarikh: 19 Oktober 2008 Jam: 3 petang Tempat: Ampang Superbowl, Ipoh Parade. Kepada semua peminat bowling SKSS yang mahu menyertai, sila hubungi En. Eddy, SMK Abd Rahman Talib, T. Intan-0122669141 2. Pertandingan Karaoke Lagu P.Ramlee Kepada yang berminat untuk mewakili Hilir Perak, sila datang ke SK Dalarama pada 18.10.2008, Jam 2.30 petang untuk sesi pemilihan.
 
BERITA OLAHRAGA MSSD HILIR PERAK

TAHNIAH KEPADA 2 ORANG PELAJAR SKSS

IZARUL HISYAM B. YUSBI HELMI 5H (Lontar Peluru)

NOOR ADAWIAH BT ABDUL WAHAB 5B (Lompat Jauh)

Mereka terpilih ke Kejohanan Olahraga Pusat Latihan Olahraga (PLO) di Manjung pada 3 dan 4 November 2008. Sila buat latihan sebagai persediaan.

 
SELAMAT BERJUANG BUAT CALON-CALON UPSR SK SG SAMAK!

 Kepada semua pelajar-pelajar Tahun 6 Sk Sg Samak, 9 September 2008 ini adalah tarikh UPSR. Selamat menjawab soalan..jawablah dengan tenang dan yakin. Di sini ada beberapa tips untuk kamu amalkan menjelang peperiksaan...

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa hari ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

 
Sila masukkan berita di sini

Minta maaf masih belum ada berita terkini ..... Minta guru-guru yang terbabit hantar berita semasa sekolah di sini.
Sila login & gunakan user menu > submit news.