|
Di atas rasa kesedaran, sebuah bangunan telah dibina dengan usaha penduduk kampung sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tempatan untuk menampung kanak-kanak untuk mendapat pendidikan secara formal di persekolahan rendah. Bangunan pada ketika itu dalam keadaan serba kekurangan telah memulakan penggal persekolahannya pada tahun 1951,di mana Guru Besarnya ialah En. Mokri b. Hj. Mokhti. Dari setahun ke setahun sekolah ini telah menampakkan perkembangannya dari segi akademik dan kegiatan kokurikulum yang menggalakkan. Memandangkan keadaan ini, pihak kerajaan telah meluluskan permohonan penduduk setempat menyediakan pembiayaan untuk memperlengkapkan lagi bangunan sekolah itu di bawah RIDA.
Bangunan ini terus menyumbangkan bakti kepada genarasi masa itu.
Bilangan murid terus bertambah. Tenaga pengajar juga kian bertambah,
pencapaian pelajaran murid-murid semakin memberangsangkan. Dalam tahun
1964 murid sekolah ini berjumlah 145 orang danMempunyai 4 orang tenaga
pengajar. Dua tahun berselang, bilangan murid-murid dan guru telah
bertambah ia-itu 193 orang murid dan 8 orang guru. Pada tahun 1968
bilangan murid-murid telah meningkat kepada 213 orang. Oleh kerana
pihak sekolah menghadapi kurang ruang penempatan murid-murid, satu
cadangan mengadakan sistem dua sesi (Pagi dan Petang) telah
dipraktikan. Pada peringkat permulaannya sesi pagi seramai 125 orang
dan sesi petang berjumlah 89 orang.
ahun demi tahun pertambahan murid dan guru terus meningkat pada tahun 1972 bilangan murid-murid telah meningkat kepada 270 orang. Bangunan sekolah sebesar itu tidak dapat lagi memuatkan murid-murid seramai itu. Dalam tahun 1973 murid-murid itu disesi pagi berjumlah 207 orang sementara disesi petang seramai 106 orang dan bilangan gurunya ialah seramai 14 orang. Memandangkan keadaan ini Guru Besar iaitu Tuan Hj Hashim b. Lazim beserta ahli- ahli Pengurus Sekolah telah berusaha menemui Tuan Pengarah Pelajaran ketika itu Y.M Ali b. Ibrahim untuk menyampaikan satu-satunya harapan penduduk setempat bagi mendapatkan sebuah bangunan sekolah yang telah uzur. Atas persefahaman pada 12hb.Mac, 1974, Tuan Pengarah Pelajaran sendiri telah meluangkan masa datang untuk meninjau dan membincangkan bangunan baru sekolah dicadangkan.
Pada tarikh 27hb. Ogos, 1974 dengan tidak diduga bangunan yang telah uzur itu telah roboh dilanda ribut pada jam 11.00 malam. Sekali lagi penduduk tempatan telah menghulurkan tenaga untuk membangunkan semula bangunan sementara sekolah tersebut. Pihak pembangunan Luar Bandar , Daerah Hilir Perak telah memberikan bantuan berupa papan dan alat keperluan pertukangan bernilai RM 2600.00 kemudian Kerajaan menyumbang RM 800.00 bagi menggantikan beberapa alat perabot yang telah musnah dan rosak akibat kejadian ribut tersebut.
Pada tahun 1975, murid-murid sekolah berjumlah 353 orang dengan tenaga pengajar seramai 14 orang.. Walaupun bangunan sementara telah didirikan tetapi ruang bangunan masih tidak dapat menempatkan semua murid-murid dari dua sesi. Jadi, bangunan Sekolah Agama Rakyat yang jaraknya suku batu dari bangunan induk telah dijadikan bangunan cawangan. Dengan penelitian yang sentiasa mengikut perkembangan sekolah, pihak kerajaan telah bermurah hati meluluskan rayuan penduduk tempatan. Dalam tahun 1975, sebuah bangunan baru Sekolah Kebangsaan Sungai Samak telah dibina dengan peruntukan sebanyak 280,000.00 dengan kelengkapan 10 bilik darjah, sebuah bilik rehat guru, sebuah pejabat, sebuah bilik Guru Besar, tandas, kantin dan padang permainan.
Bangunan yang menjadi kebanggaan ini terletak di satu tempat seluas kira-kira 10 ekar tanah pinggir Sungai Bernam. Pada 19 hb April, 1976 murid-murid telah memulakan penggal persekolahan di bangunan baru ini dengan penuh kesyukuran. Sungguhpun bangunan ini telah mencukupi, namun keselesaan murid-murid untuk belajar masih ketinggalan jika dibandingkan dengan sekolah lain. Tambahan pula kemasukan murid-murid baru telah merumitkan bagi pihak pentadbir sekolah untuk mengatasinya.
Penghujung tahun 1984, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan pasang siap yang menyediakan 4 buah bilik darjah. Awal tahun 1985 bangunan ini telah menampung murid-murid tahun 1 dan 2 KBSR. Sebagai mengemaskan lagi perjalanan aktiviti sekolah sebuah bilik dijadikan sebagai bilik Pusat Sumber. Sebuah bilik Gerakan juga telah dibentuk untuk merancang dan menyelaras segala aktiviti-aktiviti 5 tahun akan datang. Pada tahun 1985, sekolah ini telah ditampung oleh 15 orang guru, seorang Guru Besar iaitu Tn Hj Hashim b. Lazim dan 2 orang guru agama. Keselesaan dalam bilik darjah amat menyenangkan hati pentadbir dan tenaga pengajar dengan adanya 13 buah bilik darjah. Pada tahun 1987 tenaga pengajarnya adalah seramai 20 orang.
Dengan desakan penduduk tempatan dan pihak sekolah yang sudah begitu lama pada tahun 1988, empat unit rumah guru telah dibina dan boleh digunakan pada tahun 1989. Pada tahun 1989, empat unit lagi telah ditambah dibina secara gotong royong. Dengan adanya rumah guru ini dapat mengurangkan masalah kepada guru-guru sekolah ini. Pada 16hb. Mei, 1989 Tuan Hj Nasir b. Hj. Ismail mula bertugas di sekolah ini sebagai Guru Besar untuk mengisi jawatan Ketua Pentadbir yang telah kosong.
Beberapa kemudahan telah bertambah di sekolah ini pada tahun 1989 terutamanya bangunan tambahan dua tingkat telah pun siap dibina dan mula digunakan . Pada awal tahun 1990 sekolah ini juga menerima beberapa peralatan murid seperti kerusi dan meja dan juga perlatan Pusat Sumber, yang boleh dikatakan lengkap termasuk sebuah peti TV. Pada tahun 1989 dengan daya usaha pihak pentadbir sekolah ini dan PIBG, dapat membina pentas di dewan sekadar dan temapt basikal untuk murid-murid.
Tuan Hj Nasir b. Hj Ismail berkhidmat di sekolah ini sehingga 15hb. Mei,1991. Beliau telah bertukar ke SK Bagan Pasir. Mulai 16hb. Mei, 1991 En. Hashim b. Hj. Said mula bertugas di sekolah ini sebagai Guru Besar, sehingga 15.9.1991. Dari sekolah ini beliau bertukar ke SK Manjoi Satu di Ipoh.En. Talib b Hassan mula bertugas pada 16.9.1991 menggantikan En. Hashim b.Hj. Said sehingga 31.10.1992 Selepas ini Jawatan Guru Besar dipangku oleh En Mohd Saziad b. Abd. Aziz PK Pentadbiran sehingga 15.2.1992.
En. Ismail b. Yusoff mula bertugas pada 16.12.1992 sebagai Guru Besar sehingga 15.12.1995, Beliau bertukar ke SK All Saint, Taiping. En. Abdullah Sani b. Yun menggantikan En.Ismail b. Yusoff mula bertugas pada 16.12 1995 hingga 30.6.1997. En. Abdullah Sani b. Yun bertukar ke SK.Sungai Lampam, Teluk Intan mulai pada Tn. Hj Sulaiman b. Beno mula bertugas di sekolah ini pada 1.7.1997 menggantikan
En. Abdullah Sani b. Yun. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga 15.10. 2000. Beliau Betukar ke SK Degong ,36700 Langkap.
Tn Hj Sulaiman b. Beno telah bertukar ke SK Degong pada 16.10.2000 dan tempatnya digantikan oleh En’ Mohammad Saziad b. Abdul Aziz mulai dari 16.10.2000 hingga 31.8.2002. Beliau bertukar ke SK Sungai Tiang Baroh, 36200 Selekoh, mulai 1.9.2002. Tempat beliau digantikan oleh En, Abd. Rahim b. Ayub dari ACS Kampar mulai 1.9.2002. En. Abd. Rahim berkhidmat di sekolah ini sehingga 30.12.2004 . Tempat beliau digantikan oleh Tn. Hj Abd, Hanif b. Hj. Uda dari SK Sungai Keli.
Namun pada Oktober 2006, Tn Hj Abdul Hanif telah bertukar ke SK Selabak. Tempat beliau telah diganti oleh EN MD ARIFIN B. TABRANI yang berpindah dari SK Bagan Pasir. Sehingga kini, En Md Arifin Tabrani masih berkhidmat di K Sg Samak .
|